Demografi Bandar raya Kuching

Kuching adalah bandaraya keempat terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur,Pulau Pinang dan Johor Bahru.Banci penduduk Malaysia 2010 menunjukkan kawasan metropolitan Kuching,termasuk Asajaya,Samarahan dan Bau-Lundu mempunyai 1 000 000 penduduk.

Penduduk Kuching terdiri daripada campuran orang Melayu, Dayak, Cina, serta sebilangan orang India dan kelompok-kelompok etnik yang lain. Orang Dayak boleh dikategorikan lagi kepada orang Iban, Bidayuh, Melanau, dan banyak lagi. Orang Cina terdiri daripada orang Hokkien di kawasan-kawasan bandar raya, dan orang Hakka, khususnya di kawasan luar bandar. Orang-orang Cina yang lain termasuk orang Foochow (Fuzhou), Teochew, Hainan, Kantonis, Henghua dan lain-lain lagi.

Agama-agama utama penduduk Kuching ialah Islam, Buddhisme dan agama Kristian. Orang Melayu menganuti agama Islam dan menurut undang-undang, semua orang Melayu adalah Muslim. Orang Cina menganuti Buddhisme atau agama Kristian. Kebanyakan orang Dayak adalah penganut agama Kristian, kecuali orang Melanau yang kebanyakannya adalah Muslim.

Kebanyakan penduduk Kuching berupaya berhubung dalam bahasa Melayu serta juga bahasa Inggeris. Bagaimanapun, keupayaan bahasa Inggeris mereka amat berbeza dari seorang ke seorang. Loghat bahasa Melayu yang dituturkan di Kuching dikenali sebagai bahasa Sarawak. Bahasa Sarawak mempunyai perbezaan leksikal dengan loghat yang dituturkan di Semenanjung Malaysia.

Selain daripada bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, penduduk Kuching biasanya juga boleh bertutur dalam loghat atau bahasa etnik sendiri. Seorang Iban boleh bertutur dalam bahasa Iban, seorang Bidayuh dalam bahasa Bidayuh, dan seorang Cina biasanya boleh bertutur dalam beberapa loghat Cina. Loghat Cina yang paling biasa ialah bahasa Mandarin, loghat Hakka serta loghat Hokkien di Kuching. Bagi orang Bidayauh, loghat Bidayuh yang dituturkan di sebuah kampung amat berbeza dengan loghat yang dituturkan di kampung yang lain.

Bagaimanapun, sebilangan kecil penduduk Bandaraya Kucing bertutur dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama mereka.

Rujukan

WikiPedia: Bandar raya Kuching http://maps.google.com/?ie=UTF8&ll=1.5544,110.3546... http://www.multimap.com/map/browse.cgi?lat=1.5544&... http://www.sarawaktourism.com/damai.html http://www.terraserver.com/imagery/image_gx.asp?cp... http://www.theborneopost.com/2011/08/02/ex-cop-swo... http://www.theborneopost.com/2012/04/12/chinese-po... http://www.world-gazetteer.com/wg.php?x=&men=gcis&... http://www.worldclimate.com/cgi-bin/data.pl?ref=N0... http://album.club-internet.fr/album/disp_serie.pht... http://archive.is/8eY6